PERKEMBANGAN MATEMATIK DI MALAYSIA
Perkembangan
Matematik Di Malaysia
Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di
Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami
perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan
sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan
ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah
pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan
teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan
budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik,
pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara.
Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus
kepasa matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang
digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran
dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif pengajarnnya
berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan
matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar
secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan
ini, ekmahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketetapan
dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan
algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau
tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan
dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau
orosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran
matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada
ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum
mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin
menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya
meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).
Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan,
matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di
sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik Pilihan C
yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan unsur-unsur
matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set,
statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah.
pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan
dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan
pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan
mengira.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an
dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap
kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain
dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak.
keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai
spenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara
kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandungannya terlampau memberi
penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan
ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan
kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada
aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak
langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti pemahaman,
amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik
Pa, 1992).
Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan
pendidikan matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar,
yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan
penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran
terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi
sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis
dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk
melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah
dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).
Good!
ReplyDelete